RSS

Tahniah buat mereka yang berjaya…Bersabarlah buat mereka yang kurang berjaya..

Assalamualaikum w.t.b...Alhamdulillah..bertemu lagi kita wahai anak-anak didikku...:)



Pada 19 hb November 2012 keputusan UPSR telah diumumkan..buat yang berjaya, Alhamdulillah,Tahniah.
.buat yang kurang berjaya, bersabarlah kerana ada hikmah dan pengajaran disebalik yang berlaku..Teruskan usaha murni anak-anak didikku semua mengembara, menggali dan mencari ilmu Allah S.W.T.



Perjuangan kamu semua masih jauh dan tidak sebatas UPSR sahaja, perancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik dan hanya DIA sahaja yang mengetahui. Juga untuk ibu dan bapa , teruskan memberi sokongan buat anak-anak dan pastikan ilmu akhirat yakni ilmu mengenal Allah S.W.T diberikan secukupnya agar kasih sayang Allah S.W.T yang diterima melimpah ruah.

Perlu diingat, tiada siapa yang Allah S.W.T ciptakan di dunia ini untuk gagal. Akhir kalam, ucapan tahniah buat Muhammad Aminudin b Marsuki kerana berjaya memperoleh 5A..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan