RSS

Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia


Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran
 rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan
 Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat.
Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara
 teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan
 nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan
 terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan
 Institusi Raja-Raja Melayu.

Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan
menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum
 itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta
yang pertama.

Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim
ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi
pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah,
tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut
 usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).

Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin
 Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim
Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932,
tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama
memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum
Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta
pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.

Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja
 Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan
 Pemerintah Negeri Melayu.

Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat
diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.

Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima
tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal
berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan per
lembagaan.

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem
penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari
negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor
dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis,
Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka
 menganggotai Majlis Raja-Raja.

Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994),
 aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang
telah digunakan sebelum itu, iaitu:

  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • Perlis
  • Terengganu
  • Kedah
  • Kelantan
  • Pahang
  • Johor
  • Perak

Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang
di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri Pulau
Pinang, Melaka, Sabah and Sarawak.

Sila klik gambar di bawah untuk pembesaran ~ photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Pada 12 Disember 2011, maka terciptalah satu lagi sejarah apabila YDP
 Agong ke 14 dilantik. Sultan yang akan dilantik pada kali ini ialah Sultan
 Kedah iaitu Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul
 Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Photobucket

DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU
BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN BADLISHAH,

D.K.,D.K.H.,D.K.M,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(KELANTAN),
D.K.(PAHANG),D.K.(SELANGOR), D.K.(PERLIS), D.K.(NEGERI SEM
BILAN), D.K.(JOHOR),D.K.(TERENGGANU),D.K.(PERAK),D.K.(BRUNEI),
D.P.(SARAWAK), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., 
GRAND CORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN,
BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA(INDONESIA), ORDER OF
 RAMMATA THAILAND, HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS 
ORDER OF THE BATH OF U.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST. 
JOHN.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan