Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri. Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya.
Negeri | Tahun 2011 (RM) | Tahun 2012 (RM) |
---|---|---|
Perlis | 6.00 | 6.00 |
Kedah | 7.00 | 7.00 |
Pulau Pinang | 7.00 | 7.00 |
Perak | 7.00 | 7.00 |
Selangor | 7.00 | 7.00 |
Negeri Sembilan | 6.50 | 6.50 |
Melaka | 6.50 | 6.50 |
Johor | 5.00/7.50 | 5.00/8.00* |
Pahang | 7.00 | 7.00 |
Terengganu | 5.00/7.00/8.00* | 4.50/7.00/7.60* |
Kelantan | 7.00 | 7.00 |
Sarawak | 6.20 | 6.50 |
Sabah | 7.00 | 7.00 |
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan | 7.00 | 7.00 |
*Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan
Johor :
RM5.00 -
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (Beras Nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
RM8.00 -
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).
0 comments:
Catat Ulasan