RSS

Kitaran Rama-rama

Tahukah Kamu???

Kitar hidup haiwan merupakan unit masa biologi yang menunjukkan perkembangan yang berlaku pada telur binatang betina pada sperma jantan yang mewujudkan perubahan. 

Kitar hidup haiwan merupakan satu konsep yang menerangkan tentang proses yang berlaku  sepanjang kehidupan sesuatu hidupan atau habitat iaitu daripada baru lahir, telur, dan membesar.
Pada setiap peringkat yang dilalui hidupan ini akan melalui proses yang berlainan dari segi bentuk dan perubahan yang bakal berlaku. Ada juga binatang tertentu yang berbeza bentuk dan warna semasa kecil dan ada yang hanya berubah daripada segi saiz .Namun apa yang dapat dipastikan ialah walaupun semua hidupan melalui kitar hidup masing-masing tetapi ia tidak sama antara satu sama lain.

Di laman ini kita akan belajar lebih lanjut tentang kitar hidup haiwan.Antaranya ialah rama-rama, nyamuk, Katak, Burung dan sebagainya. Diharap kamu semua dapat belajar sambil bermain.HAVE FUN!!! ( ^_^ )




KITAR HIDUP RAMA – RAMA
Tahukah kamu???

Seekor rama-rama mampu mengeluarkan telur sebanyak 200 biji telur dalam jangka hayatnya…mm dasyatkan???
INFO SANTAI :
Rama –rama merupakan antara serangga yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga.

Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya , rama-rama melalui 4 proses/ peringkat.

Setiap peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan yang berbeza.


Peringkat 1 : Telur

Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas.

Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus.

Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok.  Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.



Peringkat 2 : Beluncas / Larva

Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas.

Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.

Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang.

Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.

 Peringkat 3 : Kepompong / Pupa
 

Pada tahap ini transformasi akan berlaku

Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk.

Pada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong

Meneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai rama-rama.


                                        

Peringkat 4 : Rama-rama

Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik

Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain.

Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan